PEMASANGAN LOSENG
Gambar: Loom yang sudah dipasang loseng |
Minggu ini saya akan menceritakan tentang proses pemasangan loseng pada loom. Untuk pengetahuan semua, saiz karya saya adalah sekitar 2 x 2 kaki untu bentuk sebiji Bunga Pakma sahaja. Oleh itu, saya akan menggunakan offloom yang bersaiz besar. Bunga Pakma tersebut mempunyai 5 kelopak. Jadinya, saya akan menenun pada 5 offloom.
OFFLOOM BESI
Offloom yang serba moden ini diperbuat daripada besi. Sedikit merbahaya kepada pengguna kerana berisiko terluka dan membawa kecederaan. Sebelum memulakan pemasangan, saya telah diberi Brieffing oleh pereka studio Tenunan saya iaitu Puan Habibah. Beliau telah memberi tunjuk ajar yang baik serta tutorial bagaimana hendak menggunakan offloom besi ini. Offloom besi ini berbeza dari offloom biasa yang digunakan untuk tenunan tapestry (offloom kayu). Ianya juga boleh diperbesarkan saiznya mengikut kehendak masing-masing. di bahagian kiri dan kanan ada bahagian pelaras untuk mengubah saiz.
BENANG BULU KAMBING
Benang bulu kambing yang digunakan adalah berwarna jingga dan berkod (71). Boleh didapati di mana-mana kedai menjual benang. Lagi elok beli yang dalam bungkus besar daripada beli satu gulung. Harganya sekitar rm2.00 sehingga rm3.00 mengikut kedai.
Anda boleh menonton video di bawah bagaimana tutorial pemasangan benang loseng pada Offloom besi. Selamat Menonton.
Video: Pemasangan Loseng
Sumber: https://youtu.be/MAja0pD0uso
Sebarang pertanyaan, teguran dan pendapat, sila berikan komen di bawah serta berhubung dengan saya di
Facebook: AMI SPNI
Youtube: AMI SPNI
Instagram: AMI.SPNI
Comments
Post a Comment