LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2
Gambar: Awang Damit LAWATAN SAMBIL BELAJAR BAGI KURSUS PROFESIONAL PRAKTIS ...Sambungan SERIES 2 Gambar: Bergambar di studio seramik Galeri Awang Damit 12 TGH HARI LAWATAN KE GALERI AWANG DAMIT, HULU LANGAT. Tepat jam 12 tgh hari kami bertolak dari MRM ke galeri seni Awang Damit. Difahamkan perjalanan kami memakan masa selama 1 jam setengah. Perjalanan yang kami lalui amatlah seronok. Melalui kawasan-kawasan kota raya, pinggir bandar kemudian ke kawasan perkampungan. Yang paling menarik adalah, perjalanan nak sampai ke galeri itu sendiri kami terpaksa melalui kawasan perkampungan dan laluan jalan yang sempit. Terima kasih sangat-sangat pada Pakcik Driver bus kerana berjaya mengharungi perjalanan kami demi menjejakkan kaki ke galeri Awang Damit itu. Gambar: Galeri Awang Damit Setiba sahaja kami ke lokasi, sudah pasti ada yang menarik perhatian kami. Antaranya adalah persekitaran galeri yang dikelilingi kehijauan tumbuhan dan dekorasi rumah tradisional Melayu...