LAWATAN SAMBIL BELAJAR
LAWATAN SAMBIL BELAJAR UNTUK SUBJEK PROFESIONAL PRAKTIS
Gambar: Lawatan Ke MRM, Kuala Lumpur
Selamat Sejahtera dan Salam Kesenian kesemuanya!
Okay, minggu ni nak kongsikan sedikit pengalaman program lawatan sambil belajar bagi subjek Professional Praktis. Untuk lawatan ini, kami dikumpulkan dalam satu batch iaitu gabungan dari 3 kumpulan (Kumpulan A, B, dan C (Kumpulan Saya)).
Carta: Perjalanan Program Kami
SESI 1: LAWATAN KE MRM
PUKUL 8.00AM - 11.00 AM
Pukul 7.20 kami sudah berkumpul di bangunan Bitarasiswa UPSI untuk menunggu bus ke trip. Bilangan kami seramai 72 orang yang menyertai program ini. Group a dan b merupakan pensyarah lain dan group kami offcourse la Encik Burn yang dicintai. hehehe... Kami bertolak jam 8 pagi menaiki 2 buah bus. Pergerakan kami pada pagi itu sungguh lancar dan tenang. Namun, apabila sampai ke kota raya sudah pastinya menempuhi kesesakan lalu lintas.
Gambar: Ucapan dan penerangan daripada pihak MRM
MRM yang berada di sebuah bangunan yang cantik terletak di kawasan-kawasan kota raya itu membuatkan perasaan kami berkobar-kobar untuk masuk dan lhat. Pejabat rasmi MRM adalah berada di tingkat 12 kemudian galeri untuk mempamerkan hasil produk dan karya-karya dalam bidang rekabentuk ini berada di tingkat 11. Pagi itu kami disambut dengan baiknya oleh pihak MRM dan ada sedikit ucapan dan penerangan berkaitan dengan MRM ini. ianya diucapkan oleh Pengarah bahagian MRM itu sendiri. Antara perkara terpenting yang diucapkan adalah latarbelakang, fungsi dan sumbangan MRM ini kepada negara. ucapan dan penerangan yang ringkas ini mampu memberi input buat kami untuk memepelajari ilmu rekabentuk ini.
Gambar: Penerangan Produk daripada Pihak MRM |
Selepas mendengar penerangan dari beliau, kami bergerak ke galeri dan ruangan pameran. Bahagian tersebut, mempamerkan hasil produk dari bidang rekbentuk yang dihasilkan oleh pelajar dan orang-orang yang mahir dalam bidang ini. Namun, kami bernasib baik kerana kebetulan pihak MRM sedang membuat persiapan untuk pameran rekabentuk dari pelajar-pelajar luar negara termasuk pelajar tempatan. Hasil kerja yang telititi memberikan rangsangan kepada kami terutama kami ini berada dalam bidang pendidikan seni visual. walaupun masa yang singkat namun kami berjaya memungut sebanyak yang boleh ilmu-ilmu dan idea-idea daripada lawatan ke MRM itu.
Gambar: Hasil Produk |
Gambar: Hasil Produk |
Gambar: Hasil Produk |
Gambar: Hasil Produk |
Gambar: Hasil Produk |
Gambar: Hasil Produk |
Sebelum kami menamatkan lawatan ke MRM itu, pihak kami telah menyampaikan sedikit cenderahati kepada pihak MRM untuk dijadikan sebagai tanda kenang-kenangan dan sudi menerima kunjungan kami.
Gambar: Bergerak ke destinasi seterusnya (Saya Seorang Kumbang di situ) |
Jam menunjukkan masuk waktunya pukul 12 tgh hari. Kami perlu bertolak ke destinasi seterusnya iaitu Galeri Awang Damit. Tunggu Entry seterusnya....
Bersambung...
Facebook: AMI SPNI
Youtube: AMI SPNI
IG: AMI.SPNI
Comments
Post a Comment