PENGENALAN / INTRODUCTION
Gambar: Muka depan dokumen bagi subjek Profesional Praktis MSP3012
Sumber: MyGuru UPSI
Selamat Sejahtera, Selamat Kesenian semua
Pengenalan untuk blogger ini tidaklah panjang jela, cukuplah sepatah dua perkataan. Tujuan blogger ini dibuka adalah untuk memenuhi syarat bagi subjek yang tertera di atas. Subjek ini di ambil semasa Semester Akhir iaitu Semester 8 dalam program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (SENI) dengan kepujian.
Berikut adalah Sinopsis bagi subjek ini
Fakulti :FAKULTI SENI, KOMPUTERAN DAN INDUSTRI KREATIF
Jabatan : SENI DAN REKA BENTUK
Semester : 2
Sesi : 2017/2018
Nama Kursus : PROFESIONAL PRAKTIS
Kod Kursus : MSP 3012
Jam Kredit : 2 JAM
Pra Syarat : Tiada
Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan aspek-aspek pengurusan dan perlaksanaan professional praktis yang diamalkan dalam bidang seni, kraf dan rekabentuk. Kepelbagaian bidang seni merangkumi teori dan pengurusan seni, sejarah seni dan seni halus; kraf tradisional dan dimensi baru serta bidang rekabentuk yang menjurus kepada rekabentuk industri, rekabentuk grafik, rekabentuk landskap dan reka bentuk dalaman. Ruang lingkup ini memberi pendedahan awal sebelum menjalani latihan industri. Aspek yang ditekankan meliputi amalan standard yang berkaitan dengan perundangan, pengurusan sumber, etika kerja, pengurusan galeri dan juga kemahiran berkomunikasi dan beretika profesional.
Dalam kumpulan saya iaitu Kumpulan C, pensyarah yang mengajar adalah Encik Abu Bakar (encik Burn). Beliau juga merupakan pensyarah dalam bidang studio Logam untuk program saya. Pada semester ini, sudah termasuk kali kedua saya bersama beliau. Dimana sebelum ini saya pernah di ajar oleh beliau bagi kursus Kreatif Dan Inovatif dalam Pendidikan Seni Visual.
Blogger ini juga di buka untuk memaparkan progress ataupun prestasi gerak kerja saya dalam menyiapkan projek penghasilan Karya Seni Tahun Akhir saya (FINAL YEAR PROJEK). Daripada Permulaan sehinggalah Penghujungnya. Apa-apapun tolong sentiasa melawati Laman Blogger saya ini untuk melihat aktiviti-aktiviti menarik saya sepanjang FYP dijalankan.
Untuk butiran atau cerita lebih lanjut, boleh melihat ke bahagian seterusnya untuk mengetahui lebih mendalam berkaitan butiran diri dan pengalaman bersama pensyarah saya.
Sekian Terima Kasih
Jom Follow dan Subscribe Saya
Instagram: AMI.SPNI
Facebook: AMI SPNI
Comments
Post a Comment