PRA ASSESMENT
Salam Sejahtera dan Salam Kesenian kesemuanya!!!
Minggu ini adalah minggu Pra-Penilain. Pra Penilaian dibuat pada hari Jumaat iaitu 27. April.2018. Pra Penilaian ini dilakukan ke atas semua pelajar tahun akhir. Kesemua studio akan dinilai. Tujuaannya adalah untuk membuat kritikan dan apresiasi terhadap proses Projek Tahun Akhir serta melihat perkembangan terkini Pelajar.
Giliran kami iaitu bidang tenunan di nilai oleh 2 orang guru cemerlang pendidikan seni visual. Kedua-dua guru ini merupakan alumni UPSI yang pernah mengambil program AT23 juga iaitu ISMP SENI . Sirih Pulang ke gagang, itulah harapan mereka untuk menyertai sesi penilaian pada hari tersebut.
Gambar: Cikgu Nornikman Daripada:SMK RAJA CHULAN Sumber: Koleksi Penulis |
Semasa sesi penilaian itu, mereka akan menilai apakah ISU, TEMA DAN PERSOALAN yang hendak dikaji oleh pelajar. Kemudian mereka juga menanyak tentang apakah keberkesanan karya ini dengan tahap pendidikan. dan banyak lagi persoalan-persoalan yang diutarakan oleh cikgu-cikgu ini.
Alhamdulilah bidang kami mendapat sambutan yang baik. Komentar yang diberikan juga positif. Kemudian markah yang kami perolehi adalah cemerlang.
PRA-ASSESMENT BERSAMA PENYELERAS FYP
Tidak dapat menghadirkan diri semasa hari penilaian atas urusan rasmi. Penyelaras FYP kami datang semula untuk menilai pada mnggu berikutnya iaitu minggu ke 10!!!
Hari ISNIN, 30 APRIL 2018, kami dinilai oleh penyelaras FYP iaitu Prof Zulkifli Yusuf iaitu pensyarah dan artis seni halus negara.
Sekali Lagi! Alhamdulilah mendapat komen dan teguran yang positif dari beliau. Pelbagai pendapat yang dilontarkan oleh beliau untuk menjana idea persembahan karya saya. Tidak kurang juga kawan-kawan yang satu bidang dengan saya. Alhamdulilah kesemuanya sudah selesai dijalani.
Sebagai tanda kesyukuran hari pra penilaian, disini saya sertakan video pra official Karya saya. Video ini merupakan tugasan kedua dalam FYP kami. ia merangkumi markah sebanyak 25 peratus.
Video: Progress FYP SAYA
Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=i0w3Db3GGZM
Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=i0w3Db3GGZM
Sebarang persoalan, pertanyaan dan pendapat silalah beri komen anda dan boleh berhubung di
INSTAGRAM:AMI.SPNI
YOUTUBE:AMISPNI
FACEBOOK: AMISPNI
Comments
Post a Comment