PROSES AKHIR- KEKEMASAN KARYA


PROSES AKHIR- KEKEMASAN KARYA


Gambar: Membuat kekemasan pada karya akhir
Salam Sejahtera dan Salam Kesenian Kesemuanya!!!!

Minggu ini adalah minggu ke-13 untuk kami. Iaitu minggu-minggu terakhir untuk penghasilan karya tahun akhir. Entri kali ini akan menceritakan tentang penghasilan bahagian tengah karya bunga pakma saya ini. 
Carta di atas menunjukkan bahan yang digunakan oleh saya untuk penghasilan bahagian tengah kelopak bunga pakma saya. Idea inovasi ini telah terhasil daripada bentuk bulatan yang sesuai dari bahagian rangka tanglung untuk dijadikan bentuk tengah bunga pakma saya.

Gambar: Tanglung

Entri sebelum ini ada pernah menceritakan di mana saya membeli bahan ini. So kepada yang tidak mengenali tanglung itu boleh lah lihat di entri saya ini. Gambar di atas menunjukkan bagaimana tanglung dijual. Jangan anda fikir untuk mencari atau membeli tanglung dalam bentuk bulat-bulat kat kedai ye. Dekat kedai akan menjual dalam bungkusan dan nipis sepeti ini. Anda perlu membentukkan tanglung ini dengan mengikut arahan yang disediakan. Besi itu berfungsi untuk menjadi rangka tengah tanglung .

Gambar: Tanglung
Tadaaaaa…. Beginilah bentuk tanglung yang anda semua pernah lihat. Inilah hasilnya apabila di bentuk.

 

Gambar: 2 biji Tanglung
Why kuning??? Okay begini ceritanya. Yang kuning itu adalah tajaan daripada pereka studio saya puan habibah. Atas jasa membantu saya untuk mencari tanglung itu. Et the end tanglung yang di sumbangkan itu perlu dipakai sebab saiznya yang sesuai. So yang saya beli itu simpan untuk dijadikan kenang-kenangan.Terima kasih Puan!
Gambar: Proses Pertama
Ini adalah proses pertama di mana saya melilit benang untuk dijadikan rangka benang. Tujuannya adalah untuk memudahkan proses saya melilit benang pada keliling tanglung itu. Saya menggunakan benang yang gelap bertujuan untuk menjadikan konra dan jailnan kepada bahagian ini.

Gambar: Proses pertengahan
Ini adalah proses pertengahan di mana saya akan melilit menggunakan jenis benang yang sama dan warna yang berbeza. Pemilihan warna ini adalah kerana untuk mengikut warna asal bunga pakma yang dihasilkan oleh saya.
Gambar: Karya Akhir
Alhamdulilah. Semuanya berjalan dengan lancar proses penghasilan bahagian tengah bunga pakma saya ini.
Segala pertanyaan, komentar dan pendapat boleh membuat komen di bahagian bawah dan boleh juga terus berhubung dengan saya di
Facebook: AMI SPNI
Instagram: AMISPNI
Youtube: AMI.SPNI

Comments

Popular posts from this blog

PERSIAPAN PAMERAN DI BALAI SENI NEGERI KEDAH

ISI KANDUNGAN BLOG

VIDEO FYP ILMU DAN TERTIB