LAWATAN SAMBIL BELAJAR (ILMU DAN TERTIB)
Gambar: Muzium Tekstil Negara Kuala Lumpur
Sumber: Koleksi Penulis
Hola!!! Salam Sejahtera dan Salam Kesenian Semuanya!!!
Minggu keempat dalam semester ni kami ada program lawatan sambil belajar. Program ini dikendalikan dibawah kursus/subjek Seni dan Pendidikan iaitu subjek pengayaaan. Lawatan Sambil belajar di adakan selama satu hari sahaja. Bertarikh 14.3.2018.
Lokasi yang dipilih
- Muzium Tekstil Kuala Lumpur
- Pasar Seni, Kuala Lumpur
- Galeri Merloria, Bangi Selangor
MUZIUM TEKSTIL KUALA LUMPUR
Kami bertolak dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pukul 8 pagi. Seramai 10 orang mahasiswa-i yang menyertai program ini. Kesemuanya adalah yang mengambil subjek Seni dan Pendidikan. Subjek ini dibawah Pensyarah Puan Jamilah iaitu pensyarah FSKIK.
Muzium yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur yang berdekatan dengan Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Reka bentuk bangunan yang unik dan bersejarah seperti gambar di atas. Muzium ini mempamerkan kesemua barangan-barangan kraf tradisional. Antaranya, Batik, Songket, Tenunan dan banyak lagi.
Tujuan kami membuat lawatan di Muzium ini adalah untuk memperoleh segala maklumat berkaitan denganFokus dengan FYP saya je ) . Jangan risau, Seni Kraftangan lain pun banyak dipamerkan.
FYP masing-masing. Sudah tentu dengan bidang FYP saya iaitu bidang tenunan. Pelbagai barangan bersejarah, peralatan menenun dan hasil-hasil produk tenunan turut dipamerkan di dalam Muzium ini.
Gambar: Produk Seni Kraftangan
Sumber: Koleksi Penulis
Lokasi seterusnya adalah di Pasar Seni. Dekat sini, pensyarah memberi peluang kepada kami untuk melihat, mengumpul maklumat dan membeli bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan karya seni Projek Tahun Akhir. Sepanjang perjalanan tu, saya sudah mengenalpasti kesemua bahan-bahan yang saya perlukan. Sehinggakan terjumpa sebuah kedai ni, teletak di hadapan bangunan Pasar seni, iaitu kedai menjual Barangan menenun seperti benang yang pelbagai jenis. Jadi, sesiapa yang nak beli barang-barang seperti benang tu bolehlah pergi ke kedai tu. (Maaf ye takde Gambar Kedai)
FAH &CO HABERDASHERY
No. 7, Jalan Tun Tan Cheng Lock, 5000 Kuala Lumpur,
Tel: 603-20784726
Boleh search alamat tersebut dekat google maps or seangkatan dengannya.
GALERI MELORIA, BANGI SELANGOR
Gambar: Suasana di Galeri Meloria
Sumber: Koleksi Penulis
Galeri Meloria merupakan lokasi terakhir trip kami. Pemilik Galeri ini merupakan seorang artis seni dan sasterawan iaitu Prof Dr. Siti Zainon Ismail. Pada hari lawatan tersebut, beliau pun turut ada bersama anaknya. Sebuah Galeri yang serba lengkap dengan hasil-hasil karya seni beliau selama berkecimpung dalam dunia kesenian. Daripada karya beliau masih kanak-kanak sehinggalah kini beliau sebagai pensyarah dan artis seni visual wanita. Banyak perkara yang dikongsikan oleh beliau.
Antaranya pengalaman beliau menimba ilmu di pelbagai tempat dan negara. Beliau pernah melanjutkan pelajaran di salah sebuah Intistusi Pengajian di Indonesia. Beliau juga menceritakan kisah-kisah kesemua karya-karya yang dipamerkan di Galeri tersebut. Orangnya yang lemah lembut dan pandai berkata-kata dalam sastera membuatkan kami menghayati ilmu kesenian yang disampaikan.
Kepentingan FYP kami turut didapati daripada lawatan ke galeri ini. Contohnya kepada diri saya sendiri dalam menghasilkan karya tenunan. Beliau memberi pendapat dan tunjuk ajar bagaimana kita hendak menyampaikan mesej karya kita kepada audiens. Aspek Interpretasi ditekankan.
Selepas lokasi ketiga ini kami bertolak pulang ke UPSI. Berbekalkan ilmu-ilmu yang dikumpul sepanjang satu hari. Diiringi dengan keletihan membuatkan perjalanan Trip kami menjadi seronok. Dirumuskan, ketiga-tiga lokasi ini memberi pengalaman yang penuh bermakna kepada saya dan rakan-rakan lain. Terima Kasih kepada pensyarah saya iaitu Puan Jamilah Omar bagi subjek Seni dan Pendidikan beserta pembantu-pembantu pensyarah kerana memberi kami peluang untuk menyertai program seperti ini. Banyak maklumat dan ilmu yang ditimba. Diharapkan lain waktu kita boleh berjumpa lagi.
SEKIAN JUMPA LAGI
Diharapkan jika ada tersilap bahasa dan kata serta istilah mohon dimaafkan. Saya budak baru belajar. Sebarang pertanyaan, pendapat dan menyampaikan maklumat bolehlah berhubung dengan saya di...
Instagram: AMI.SPNI
Facebook: AMI SPNI
Youtube: AMISPNI
Comments
Post a Comment