SESI PEMILIHAN ISU

Salam Sejahtera dan Salam Kesenian Semuanya!

Minggu kedua merupakan minggu pemilihan isu untuk karya Projek Tahun Akhir bagi bidang Tenunan. Dalam Bidang Tenunan ini hanya 3 orang Mahasiswa-i yang terpilih. Hanya saya seorang Mahasiswa (Lelaki) yang mengambil bidang ini dan selebihnya adalah perempuan. 

Kali ini, nak menceritakan tentang pemilihan isu. Pemilihan dilakukan semasa sesi perjumpaan bersama pensyarah bidang masing-masing. Pensyarah Bidang Tenunan kami adalah DR.NORAKMAL BINTI ABDULLAH, iaitu pensyarah FSKIK. Pemilihan isu ini merupakan suatu perkara yang agak mendebarkan. Setiap orang perlu membentangkan apa isu yang hendak dicadangkan. Maka saya menyediakan 5 isu seperti yang tertera di atas. 

ORGAN PEROKOK
Gambar: Berkaitan dengan organ-organ perokok
Sumber: Internet

  • Kenapa saya memilih organ perokok? untuk isu ini saya akan menghasilkan sebuah karya tenunan berbentuk 3 dimensi dengan menggunakan teknik arca 3D. Saya akan membentuk kesemua organ-organ yang berpenyakit dihadapi oleh perokok. Contohnya, jantung, paru-paru, dan sebagainya. Kemudian saya akan menenun bahagian luaran oran tersebut.  Kemudian Karya tersebut akan digantung.
KELAMBU
Gambar: Kelambu
Sumber: Internet

  •  Merujuk kepada isu masyarakat pada masa kini yang kurang pengetahuan tentang wujudnya Kelambu. Kelambu yang digunakan oleh masyarakat pada masa dahulu untuk menutupi ruang kamar dengan menggunakan kain agar tidak diganggu oleh nyamuk. Dalam karya saya, saya akan membuat karya tenunan dengan menenun kain-kain serta bahan campuran seperti fabrik lain dan membentuk seperti sebuah kelambu. Saiz mengikut saiz yang ditetapkan oleh Penyelaras FYP.
TENGKOLOK
Gambar: Tengkolok Agong
Sumber: Internet

  • Untuk Idea ini, saya akan mengkaji jenis-jenis tengkolok di setiap negeri di Malaysia. Hal ini kerana, masyarakat umum tidak sedar bahawa rekabentuk, corak/motif, teknik lipatan dan fungsi tengkolok berbeza mengikut setiap negeri. Idea saya adalah untuk menghasilkan tengkolok ini dengan saiz kecil-kecil dengan menggunakan teknik tenunan songket. Kemudian menggunakan warna benang mengikut kesesuain negeri masing-masing dan membuat lipatan mengikut negeri masing-masing.
PEMANDANGAN
Gambar: Pemandangan Musim Bunga
Sumber: Internet
  
  • Idea ini merupakan idea sokongan daripada pensyarah dan pereka (Pembantu Pensyarah) saya sendiri. Ianya adalah berkaitan dengan sebuah karya tenunan menggunakan teknik Tapestry. Caranya adalah menenun benang dengan menggunakan offloom bersaiz 7 inchi sahaja. Dan imej yang hendak di tenun adalah imej pemandangan. Pemilihan warna benang dan teknik yang sesuai amatlah diperincikan. 
LANDSKAP/TUMBUHAN
Gambar: Karya Seni
Sumber: Pinterest (Lisa Jordan)



Gambar: Bunga Pakma
Sumber: Internet
  •  Idea ini pula idea yang saya suka. Dan ianya juga dicadangkan oleh rakan satu bidang saya. Selain itu, idea ini merupakan kesinambungan kepada idea di atas (Pemandangan) saya ingin menghasilkan sesuatu kelainan. Agar penyampaian karya tenunan saya menjadi lebih realistik (InsyaAllah) Isu ini adalah berkaitan dengan penghasilan Landskap/Tumbuhan. Tumbuhan yang saya fokuskan adalah Bunga Rafflesia atau Pakma. Saya akan menenun sepenuhnya bunga ini dengan menggunakan teknik tenunan Plain Wave, dan Coilling. Karya ini berkonsepkan kontemporari. Saya melihat kepada penghasilan arca 3 dimensi.  
  • Saya melihat aspek pemahaman masyarakat tentang wujudnya tumbuhan ini di beberapa buah negeri di Malaysia. Masyarakat kini tidak merasai dengan lebih dekat pengalaman apabila melihat bunga Pakma ini. 
KEPUTUSANNYA

Setelah melakukan perbincangan serta perbentangan isu tadi. Pensyarah saya telah membuat kesimpulan dan pemilihan isu mengikut kriteria yang diinginkan. Beliau juga menyatakan bahawa isu ini perlulah seiring dengan Tema Besar FYP 2018 iaitu Ilmu dan Tertib. Seeloknya, isu itu perlulah relevan dengan tema dan bidang. Saiz yang menepati kehendak penyelaras dan bersesuaian dengan bidnag yang diambil. Akhirnya beliau memilih Isu yang terakhir iaitu Bunga Pakma (lANDSKAP/TUMBUHAN)

Dirumuskan, segala perbincangan dan perkongsian cerita dalam blogger kali ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Jika ada kesalahan atau kesilapan mohon teguran dan komentar.

Doakan semoga projek FYP saya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Aminnn..
Terima Kasih.

Instagram: AMI.SPNI
Facebook: AMISPNI
Youtube Channel: AMI SPNI

Comments

Popular posts from this blog

PERSIAPAN PAMERAN DI BALAI SENI NEGERI KEDAH

ISI KANDUNGAN BLOG

VIDEO FYP ILMU DAN TERTIB