PEMILIHAN ISU DAN TEMA
Carta: Carta berkaitan Isu Tema dan Persoalan
Sumber: Powerpoint
Selamat Sejahtera dan Salam Kesenian Semuanya!
Kali ini, saya akan menerangkan tentang perancangan yang perlu ada sebelum menghasilkan sesuatu karya seni. Seperti yang anda lihat pada carta 3 dimensi di atas, mempunyai 3 bahagian pecahan. iaitu Isu, Tema dan Persoalan.
Pemilihan Isu ini amatlah penting sebelum kita hendak menghasilkan apa-apa karya seni. Kita perlu memahami apakah isu yang perlu diperincikan. Tujuannya adalah untuk mengelakkan diri kita daripada melakukan kesalahan semasa menghasilkan karya seni. Pada masa yang sama, terdapat segelintir orang sudah menetapkan isu utama akan tetapi semasa menghasilkan karya seni, tiba-tiba pemikiran bertukar ke isu yang lain. Begitu juga apabila pemilhan tema. Akhir sekali adalah persoalan. timbulnya dalam diri seorang pengkarya di mana apakah permasalahan atau persoalan yang perlu dilihat. Dengan adanya karya seni itu, mampukah ianya menjawab persoalan ataupun sekadar untuk aspek estetika sahaja.
Dalam menghasilkan karya seni, pengkarya juga perlu melihat kepada 3 aspek penting. Iaitu menghasilkan karya untuk memberi Kesan atau Jalan Penyelesaian, kedua memberi persoalan kepada audiens dan yang ketiga ialah hanya untuk pameran semata-mata.
![]() |
Carta: Carta Cadangan Isu |
Jom lihat Carta di atas. Berikut adalah isu yang telah dicadangkan oleh saya untuk Karya Seni Projek Tahun Akhir saya. Terdapat 5 isu yang telah di keluarkan. Setiap isu itu juga dibentangkan dihadapan pensyarah penyelia saya sendiri. Disertakan dengan huraian, maklumat/info serta lakaran. Proses ini mengambil masa 2 minggu untuk menunggu pemilihan yang tepat untuk isu dan tema daripada pensyarah saya.
Akhirnya, setelah menunggu penantian pemilihan isu karya, Pensyarah saya memilih Isu Landskap/Tumbuhan. Subjek Matter yang perlu difokuskan adalah Bunga Rafflesia/Pakma. Saya akan menghasilkan karya seni dalam bidang tenunan dan menggunakan konsep kontemporari. Maksudnya, Karya tenunan saya berbentuk 3 Dimensi (Arca).
![]() | |||
Gambar: Hasil Karya Seni Sumber: Pinterest (Lisa Jordan) |
![]() |
Gambar: Bunga Rafflesia/Pakma Sumber: Internet |
Rumusannya, pemilihan Isu, Tema dan Persoalan itu penting. Supaya segala perancangan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar. Penyampaian mesej dalam karya seni juga berjaya disampaikan kepada audiens.
* Sebarang Persoalan, Pertanyaan, Pendapat, Teguran dan Komentar, boleh berhubung dengan saya di
Instagram:AMI.SPNI
Youtube: AMI SPNI
Facebook: AMI SPNI
Comments
Post a Comment