PEMASANGAN LOSENG
Gambar: Loom yang sudah dipasang loseng Salam Sejahtera dan Salam Kesenian kesemuanya!!!! Minggu ini saya akan menceritakan tentang proses pemasangan loseng pada loom. Untuk pengetahuan semua, saiz karya saya adalah sekitar 2 x 2 kaki untu bentuk sebiji Bunga Pakma sahaja. Oleh itu, saya akan menggunakan offloom yang bersaiz besar. Bunga Pakma tersebut mempunyai 5 kelopak. Jadinya, saya akan menenun pada 5 offloom. OFFLOOM BESI Offloom yang serba moden ini diperbuat daripada besi. Sedikit merbahaya kepada pengguna kerana berisiko terluka dan membawa kecederaan. Sebelum memulakan pemasangan, saya telah diberi Brieffing oleh pereka studio Tenunan saya iaitu Puan Habibah. Beliau telah memberi tunjuk ajar yang baik serta tutorial bagaimana hendak menggunakan offloom besi ini. Offloom besi ini berbeza dari offloom biasa yang digunakan untuk tenunan tapestry (offloom kayu). Ianya juga boleh diperbesarkan saiznya mengikut k...